SILA KLIK UNTUK LIHAT TAWARAN MENARIK!

Tuesday, 6 March 2012

tempahan untuk akidah - dungun

hai sume..hari ni baru hantar suprise gift untuk mama akidah di KL. belated besday mama die.xpelah...my assistant ckp, mama die tekejut pastu terus tersenyum bile nampak gambar pada edible image tu..dr 4 org anak kesayangan...anyway, hepi belated beday ye mama akidah. enjoi ur praline choc with chunky almond n tq to akidah for ur order..

Edible image adik beradik aqilah

35 pcs praline chocs

Saturday, 18 February 2012

Cara nak pujuk girlfriend / awek / tunang / isteri .... :)

Ha..... Petang semalam saya menerima satu panggilan. Hum, nak tempah coklat katanya.. dia kata urgent sangat!!! Saya kata, kalau nak tempah boleh, tapi biasenye 2-3 hari sebelum.. Tapi  mamat ni nak sangat-sangat. Sebab...hm...rupa-rupanya dia tak dapat nak jumpa dengan awek dia...ape lagi...KES MERAJUK LAH TU...nasib baik Ayong Home Made Chocolate ade sediakan delivery service... Dia minta tolong sangat hantarkan coklat ke Taman Equine - dekat sangat dah tue.... Manalah tahu kot-kot awek dia boleh baik semula... Seronok juga bila dapat tempahan yang macam ni..Teringat lak mase tengah hot becinta lu..hm...ekekekeke..(ops, lari topik pulak).

 Nak di jadikan cerita, mamat tu yang bernama Rizal, tempah 18pcs assorted choc. Dia kata, awek dia suke sangat ngan coklat, tapi rasenye sume jenis coklat die da pernah bagi. So, nak try lak home made coklat nih... Siap tanya lagi kot la ade sediakan service package dengan fresh rose... Hm, tulah...dengan tempahan mengejut camni mane la nak cari fresh rose cepat2 kan...hehehe


So, saya readykan 18pcs assorted choc with mint and blueberry filling. Masa buat penghantaran, Si Gadis, Ema terkejut. And...tentulah dia masih marah...tapi riak mukanya nampak macam suke jugak! hm, org tengah bercinta... ha, lepas dah tanggungjawap saye hantar coklat, pasni pandai2 la ye en rizal oi... papepun, tq sebab order...SEKIAN...

Door gift pertunangan

Kat bawah ni adalah contoh door gift yang di tempah oleh Ida untuk pertunangannya...tapi jgn tersilap, ini bukan oreo choc taw....walau bagaimanapun, it's so simple... murah je... RM1.00 je/pcs untuk 50biji.... temanya hijau kuning...  Kalau nak add reben, tambah seposen je lagi... ;) Apa lagi, jom la tempah... untuk mempelbagaikan lagi gift dlm goodies bag anda!!!!

Antara gift yang di buat

Saturday, 4 February 2012

Smiley loli ordered by Aqilah

Akhirnya sampaila masa untuk deliver smiley loli yang di tempah oleh Aqilah di Tmn Serdang Raya, since 27 dec yang lalu...Aqilah merequest (p/s: habeslah...da stat bahasa rojak..hehe) 30 pcs colourful smiley lolichoc... Seronok jugak bila bermain dengan banyak kaler ni...As, requested, gambarnya ade kat bawah ni ok.... Hope Aqilah suke dengan smiley loli yang pelbagai warna ni.... Thank you Aqilah!
lolichoc yang baru di bungkus

koleksi pelbagai warna

smile jangan tak smile

Siap sudah dalam kotak

Lagi2 angry bird

Wakakaka....lagi2 angry bird!!!!! hm, yang ni adalah tempahan daripada Pn Lina bagi pihak anaknya si Idham. tapi kali ni lolichoc dengan edible image angry bird...- RM1.80 sahaja...Coklat ni untuk kawan-kawan tadika Idham kerana dia akan berpindah ke Nilai. Hm, nampaknya coklat ni untuk majlis perpisahan la gamaknye...Kesiannye budak2 tu.Tapi nak buat macam mana. Kenalah ikut ibu dan ayah berpindah. Takpe, nanti pasti akan berjumpa dengan kawan-kawan baru. Mungkin adik Idham akan lebih gembira di sana. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana menempah ye!!! Insyallah, saya pun akan berpindah ke Bandar Baru Salak Tinggi hujung tahun ni..Da dekat-dekat Nilai gak tu...Ok..sampai di sini...

Coklat angry bird bertangkai

Antara coklat yang di tempah

Thursday, 2 February 2012

memperhebatkan industri koko

banyak informasi yang boleh di dapati. Sila klik ke http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=3019.
selamat membaca.......

Coklat hari jadi dari Danish Untuk cikgu siti

Hadiah hari jadi dari danish kepada cikgu siti...tq kepada mama danish, Pn Zah. Hadiah yang simple tetapi bermakna. Tentu cikgu siti gembira dengan hadiah sekotak coklat buatan tangan berinti kiwi, hadiah dari danish...

hijau warna kegemaran danish, kata mamanya...

Wednesday, 1 February 2012

Selamat hari jadi Haziq!!!!

Terima kasih kepada Pn Nora di atas tempahan coklat unutk hari jadi anak keduanya Haziq yang ke 6 tahun...80biji coklat oreo angry bird ni di request oleh Haziq sebagai salah satu item dalam guddie beg sebab semua orang tahu sekarang ni memang angry bird seasoning...semua pun nak angry bird theme...samalah macam birthday Haziq...baju nak angry bird...selipar nak angry bird..beg pun nak angry bird....hem....ok, by the way, happy birthday Haziq..Don't be naughty ya!..Thanks again to Pn Nora..

sekotak coklat oreo angry bird theme

angry bird chocs

variasi edible image angry bird yang boleh di makan...

Monday, 30 January 2012

Informasi Coklat

Coklat?

Semua orang tahu apa itu coklat. Siapa yang tidak suka akan coklat? Coklat dirumus khas daripada biji koko. Pembuatan coklat sangat rumit. Ia melibatkan beberapa peringkat yang kemudiannya di campur mengikut nisbahtertentu bagi menghasilkan pelbagai jenis coklat.

Secara umumnya, coklat terbahagi kepada 3 jenis iaitu coklat gelap yang rasanya agak pahit. Kedua, coklat susu iaitu coklat yang dicampur susu dan berasa sedikit manis manakala yang ketiga, coklat putih. Ia bewarna putih krim serta berasa lemak manis kerana tidak di campur lemak koko yang bewarna coklat.

Baguskah coklat?

SUDAH TENTU! Ramai yang berpendapat bahawa coklat itu menggemukkan. Itu adalah TDAK BENAR!!! Coklat mengandungi kuantiti karbohidrat yang tinggi. Di sebabkan itu, ia memberikan banyak tenaga kepada badan. Tenaga berlebihan yang tidak digunakan akan ditukar menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan kegemukkan.Jadi, janganlah disalahkan coklat jika anda gemuk ya....

Selain itu, tahukah anda bahawa coklat sebenarnya memelihara gigi kita? Ia mempunyai satu elemen yang membenteras kerosakan gigi dengan menghalang pembentukan plak pada gigi. 

Coklat juga dapat membantu mengawal pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ada juga yang mengatakan bahawa coklat menghindar pembentukan jerawat serta parut sekaligus melambatkan proses penuaan seseorang. Jadi sesiapa yang ingin menjadi awet muda, silalah amalkan memakan coklat. Bukan itu sahaja, malah menurut satu sumber, coklat dapat membantu menstabilkan emosi seseorang. Ia  bertindak mengurangkan tekanan, menenangkan fikiran dan merangsang seseorang individu untuk berfikir dengan lebih relevan. 

Galakkan anak anda untuk mengambil coklat sebagai snek adalah pilihan yang bijak. Ia mempunyai banyak khasiat seperti makanan pelengkap yang lain tetapi tidak di galakkan mengambilnya secara berlebihan. Ia menggalakkan pemikiran positif, membantu menguatkan daya ingatan dan menjana kepekaan mata serta pemfokusan otak semasa berfikir. Jadi, ia mampu memberi rangsangan untuk menjadikan seseorang itu CERDIK dan PINTAR......

hantaran pertunangan AINA & AQIL pada 23hb Jan 2012 yang lalu

Ok...ni la rupenye hantaran Aina kepada Aqil sempena pertunangan mereka pada 23hb jan 2012 yang lalu. Majlis di raikan di Batu Pahat, Johor..Simple shape with orange flavour.....congrates untuk aina dan aqil...dan terima kasih. Jangan lupe oder agi eh untuk majlis perkahwinan hujung tahun ni.......



Tunggang langgang gambar mak nok!!!! hehehe...belum habes g....niha...lupe nak add sebab pakai another camera kan...doorgift untuk tetamu sebelah lelaki...6biji coklat/box = RM5/box...ade 30 boxes semuanye...hem..oren gitu!!!!! box ni pula boleh di pelbagai kan jadi box betul dan juga cawan berkaki...ok la kan for budget cost...again...tq AINA!!!


Wednesday, 4 January 2012

transportation theme

aha!!!!  ni  ade  transportation  theme.....budak2  kecit  suke  la...rase  cam  best  je  dapat mkn  kereta....helikopter...lori...airoplane..ehehee....