Coklat?
Semua orang tahu apa itu coklat. Siapa yang tidak suka akan coklat? Coklat dirumus khas daripada biji koko. Pembuatan coklat sangat rumit. Ia melibatkan beberapa peringkat yang kemudiannya di campur mengikut nisbahtertentu bagi menghasilkan pelbagai jenis coklat.
Secara umumnya, coklat terbahagi kepada 3 jenis iaitu coklat gelap yang rasanya agak pahit. Kedua, coklat susu iaitu coklat yang dicampur susu dan berasa sedikit manis manakala yang ketiga, coklat putih. Ia bewarna putih krim serta berasa lemak manis kerana tidak di campur lemak koko yang bewarna coklat.
Baguskah coklat?
SUDAH TENTU! Ramai yang berpendapat bahawa coklat itu menggemukkan. Itu adalah TDAK BENAR!!! Coklat mengandungi kuantiti karbohidrat yang tinggi. Di sebabkan itu, ia memberikan banyak tenaga kepada badan. Tenaga berlebihan yang tidak digunakan akan ditukar menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan kegemukkan.Jadi, janganlah disalahkan coklat jika anda gemuk ya....
Selain itu, tahukah anda bahawa coklat sebenarnya memelihara gigi kita? Ia mempunyai satu elemen yang membenteras kerosakan gigi dengan menghalang pembentukan plak pada gigi.
Coklat juga dapat membantu mengawal pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ada juga yang mengatakan bahawa coklat menghindar pembentukan jerawat serta parut sekaligus melambatkan proses penuaan seseorang. Jadi sesiapa yang ingin menjadi awet muda, silalah amalkan memakan coklat. Bukan itu sahaja, malah menurut satu sumber, coklat dapat membantu menstabilkan emosi seseorang. Ia bertindak mengurangkan tekanan, menenangkan fikiran dan merangsang seseorang individu untuk berfikir dengan lebih relevan.
Galakkan anak anda untuk mengambil coklat sebagai snek adalah pilihan yang bijak. Ia mempunyai banyak khasiat seperti makanan pelengkap yang lain tetapi tidak di galakkan mengambilnya secara berlebihan. Ia menggalakkan pemikiran positif, membantu menguatkan daya ingatan dan menjana kepekaan mata serta pemfokusan otak semasa berfikir. Jadi, ia mampu memberi rangsangan untuk menjadikan seseorang itu CERDIK dan PINTAR......